Pengumuman

Assalamualaikum. Terima kasih atas kunjungan anda. Blog ini telah dibuat sejak 6.9.2008.

Tetapi ketika itu saya mendapati amat sukar berblog dengan sistem blog wordpress. Jadi, saya meneruskan aktiviti blogging di blogspot sahaja.

Alhamdulillah pada 3.5.2011 Allah membuka jalan untuk saya mengimport blog dari blogspot iaitu http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com. Syukur ianya berjalan dengan lancar.

Tidak lupa ribuan terima kasih kepada MrPiratz kerana menyediakan tutorial Berpindah Dari Blogger Ke WordPress yang berkesan. Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, link-link yang terdapat di dalam menu navigasi belum dapat saya kemaskini. Sekiranya tuan / puan klik, ianya akan dipautkan ke blog di blogspot.

Bagaimana pula halnya dengan blog di http://www.arabmykrk.com?  Oh, sudah pasti ia adalah blog utama dan kesayangan saya.

Saya hanya sedang bereksperimen ……… dan ……… menyediakan backup. Bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’.

……….. Pepatah saya, ‘Sediakan blog percuma sebelum meninggal dunia’ ……….. Mudah-mudahan air tangan saya dapat terus dimanfaatkan walaupun saya sudah tiada, insyaAllah …………. (^_<)

Eh, Mykrk! Kata nak offline? Haaaa ……….. Mykrk tipu eaaaaa……….. Hahahahaha, dah namanya blogger. Sibuk-sibuk bersiap nak pergi pun tak boleh tahan tengok laptop beb! Lagipun, inilah di antara cara meredakan kesakitan yang mujarab buat saya. Kalau dilayan, boleh tidur seharian saya………. lebih baik duduk baik-baik depan komputer, ada faedahnya kan?

Baiklah, Isnin depan saya akan ke Imigresen untuk membaharui passport. InsyaAllah selepas itu urusan visa, seterusnya tata, titi, tutu ……………….. ilal liqo’. Ma’as salamah……….

Doakan saya sihat ye …………. (^_^) Jazakumullahu khairon kathiro ………….

Categories: Nak Cakap Sket | Label: , , ,

Hayya Bil-Arabiah: Situasi – Bercerita Tentang Kegemaran

أ ُحِبُّ : Saya Suka : I Love : I Like
(Situasi : Bercerita Tentang Kegemaran)

* مَـــاذ َا تـُحِبّ ُ؟ / تـُـــحِـــبـِّــــيْنَ؟
* Awak suka apa? / Apa yang awak suka? / Apakah kegemaran awak?
مَـــاذ َا : apakah
تـُحِبّ ُ؟ : awak (L) suka?
تـُـــحِـــبـِّــــيْنَ؟ : awak (P)suka?

# أ ُحِـبّ ُ الـْـقـِـرَاءَة َ وَالـْـمُوسـِـيـقـَى وَقـُرَة َ الـْـقـَـدَمِ Saudi Arabia
Saya suka membaca, muzik dan bola sepak.
ا ُحِبُّ : saya suka : sama bentuknya samada (L) @ (P)
الـْـقـِـرَاءَة : membaca
وَ : dan
الـْـمُوسـِـيـقـَى : muzik
وَ : dan
قـُرَةَ: bola
الـْـقـَـدَمِ : sepak

JIKA SAYA BERCAKAP DENGAN LELAKI:

* مَـــاذ َا تـُحِبّ ُ ؟
Awak suka apa? / Apa yang awak suka? / Apakah kegemaran awak?

# أ ُحِـبّ ُ الـْـقـِـرَاءَة َ وَالـْـمُوسـِـيـقـَى وَقـُرَة َ الـْـقـَـدَمِ
Saya suka membaca, muzik dan bola sepak.

JIKA SAYA BERCAKAP DENGAN PEREMPUAN:

* مَـــاذ َا تـُحِـــبِّيـْــنَ ؟
Awak suka apa? / Apa yang awak suka? / Apakah kegemaran awak?

# أ ُحِـبّ ُ الـْـقـِـرَاءَة َ وَالـْـمُوسـِـيـقـَى وَقـُرَة َ الـْـقـَـدَمِ Soccer Girl
Saya suka membaca, muzik dan bola sepak.

 

Rujukan:

هَيَّا بـِالـْعَرَبـِـيـَّــةِ Radio IKIM.FM (Pn. Mona Jasman dan Ustaz Dr. Majdi bin Hj. Ibrahim)
Categories: Belajar Bahasa Arab, Hayya bil-Arabiah | Label: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Terkini …………..

Sila tukar link di blog anda ke sana, tuan pondok sudah pindah. Terima kasih.
Sana mana? http://www.arabmykrk.com.

Kalau nak belajar Bahasa Arab sahaja: http://www.arabmykrk.com/belajar-bahasa-arab

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tinggalkan komen

18 HARI TELAH BERLALU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah telah 18 hari blog ArabMykrk.com beroperasi dan telah 24 artikel diterbitkan. 23 berkenaan hadith dan artikel B.Melayu. Hari ini saya telah memulakan pelajaran B.Arab sebagaimana yang dijadualkan dan telah tersiar pada jam 8.00 pagi tadi.

Blog ini nampaknya tidak akan saya update lagi. Saya dengan rendah hati memohon jasa baik kawan-kawan yang membuat pautan ke blog ini supaya mengubah url sedia ada ke http://www.arabmykrk.com. Semoga dengan itu kerjasama yang terjalin dapat diteruskan.

Sekian, selamat memburu Lailatul Qadr dan terima kasih.

p/s; dalam tempoh 20 saat, insyaAllah anda akan dibawa ke blog yang saya maksudkan secara automatik.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tinggalkan komen

Berita Terkini

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Blog baru saya belumlah siap sepenuhnya, tapi saya sudah tak sabar untuk tulis post terbaru….. Untuk mengikutinya anda bolehlah klik di sini untuk post semalam dan di sini untuk entri hari ini.

Hari ini saya kongsikan video pelajaran Bahasa Arab Tahun satu. Selalunya saya suka buka buku teks Bahasa Arab tahun satu anak saya dan menyanyikan lagu-lagu yang terdapat di dalamnya. Anak saya ketawakan jer…… “bukan macam tu, dengar sini Wafiy nyanyi, ustazah ajar macam ni…….”

Bila tengok video ni, hemmm sama macam yang ustazah anak saya ajar….. anak-anak ni cepat je ‘tangkap’ kalau dilagukan…..

Anda ingin menonton videonya? Sila klik sini: http://www.arabmykrk.com/komunikasi-dialog-asas/belajar-bahasa-arab-sk-tahun-1.html

Saya suka sangat pelajaran Bahasa Arab ni, sebab dulu semasa pelajaran Bahasa Arab masih dalam peringkat percubaan diajarkan di sekolah-sekolah kebangsaan pada tahun 2000, saya adalah antara gurunya. Tapi baru masuk bulan ketiga, kelas saya itu dibubarkan atas alasan belum diwajibkan….

Apabila Bahasa Arab diajarkan di semua sekolah, saya adalah antara orang yang paling gembira…….. alhamdulillahi kathiron toyyiban mubaarokan fiiiiiih….

Mahu melihat update terbaru kawan-kawan saya?
klik sini http://www.arabmykrk.com/kawan atau di sini http://klikjuga.blogspot.com/

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 57 orang kawan yang melanggan update blog ini melalui e mail. Besarlah harapan saya agar kerjasama ini dapat diteruskan di blog baru nanti kerana insyaAllah mulai 1 Ramadhan pautan ke blog ini akan saya refreskan terus ke ArabMykrk.com. Anda bolehlah berbuat demikian di sini : Subscribe to ArabMykrk.com by Email.Walau bagaimanapun daripada 57 orang pelanggan tersebut, ada beberapa orang yang tidak mengesahkan langganan mereka. Adalah penting untuk anda memasukkan email yang memang anda gunakan kerana pihak feed burner akan menghubungi alamat email yang anda berikan itu untuk pengesahan. Setelah disahkan, barulah update blog dapat di hantar ke alamat tersebut.

Sekian, harap dalam makluman kawan-kawan semua. Terima kasih.

Undergoing MyBlogLog Verification

Categories: Belajar Bahasa Arab | Label: , | Tinggalkan komen

Create a free website or blog at WordPress.com.