Pengumuman

Assalamualaikum. Terima kasih atas kunjungan anda. Blog ini telah dibuat sejak 6.9.2008.

Tetapi ketika itu saya mendapati amat sukar berblog dengan sistem blog wordpress. Jadi, saya meneruskan aktiviti blogging di blogspot sahaja.

Alhamdulillah pada 3.5.2011 Allah membuka jalan untuk saya mengimport blog dari blogspot iaitu http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com. Syukur ianya berjalan dengan lancar.

Tidak lupa ribuan terima kasih kepada MrPiratz kerana menyediakan tutorial Berpindah Dari Blogger Ke WordPress yang berkesan. Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, link-link yang terdapat di dalam menu navigasi belum dapat saya kemaskini. Sekiranya tuan / puan klik, ianya akan dipautkan ke blog di blogspot.

Bagaimana pula halnya dengan blog di http://www.arabmykrk.com?  Oh, sudah pasti ia adalah blog utama dan kesayangan saya.

Saya hanya sedang bereksperimen ……… dan ……… menyediakan backup. Bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’.

……….. Pepatah saya, ‘Sediakan blog percuma sebelum meninggal dunia’ ……….. Mudah-mudahan air tangan saya dapat terus dimanfaatkan walaupun saya sudah tiada, insyaAllah …………. (^_<)

Eh, Mykrk! Kata nak offline? Haaaa ……….. Mykrk tipu eaaaaa……….. Hahahahaha, dah namanya blogger. Sibuk-sibuk bersiap nak pergi pun tak boleh tahan tengok laptop beb! Lagipun, inilah di antara cara meredakan kesakitan yang mujarab buat saya. Kalau dilayan, boleh tidur seharian saya………. lebih baik duduk baik-baik depan komputer, ada faedahnya kan?

Baiklah, Isnin depan saya akan ke Imigresen untuk membaharui passport. InsyaAllah selepas itu urusan visa, seterusnya tata, titi, tutu ……………….. ilal liqo’. Ma’as salamah……….

Doakan saya sihat ye …………. (^_^) Jazakumullahu khairon kathiro ………….

Categories: Nak Cakap Sket | Tags: , , ,

Navigasi kiriman

Komentar ditutup.

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: