اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.1: Isim yang MAJRUR, فـِــى = di, di dalam, عـَــلـَــى = di atas.

Assalamualaikum, bertemu lagi. Dalam pelajaran sebelum ini saya ada menerangkan bahawa hukum asal bagi isim adalah HURUF TERAKHIR MESTILAH BERBARIS HADAPAN (dhammah, ضـَــمَّــة, ُ / ٌ ).

Dalam istilah Bahasa Arab, perkataan yang berbaris hadapan pada huruf terakhirnya, adalah dalam keadaan (MARFU’, مـَــرْفـُــوع).

Contoh; الـْــبـَــيـْـت ُ جـَــدِيــدٌ : Al-baitu jadiidun (Rumah itu baru)

Dalam pelajaran kali ini, kita akan didedahkan dalam keadaan bagaimanakah sesuatu isim itu akan BERBARIS BAWAH (kasrah, كـَــسـْــرَة) HURUF TERAKHIRNYA.

Sila perhatikan contoh-contoh di bawah ini:


Penerangan:


(i). Perkataan الـْــبـَــيـْــت ُ، الـْــمـَــسـْــجـِــدُ، الـْــمـَــكـْــتـَــبُ، السـَّــر ِيرُ

Berbaris hadapan / dhammah / ضـَــمـَّــة pada huruf yang terakhir (warna biru).
Perkataan-perkataan tersebut dalam keadaan Marfu’ / مـَــرْفـُــوع

(ii). Ayat فـِــى الـْــبـَــيـْــتِ، فـِــى الـْــمـَـسـْــجـِــدِ، عـَــلـَــى السـَّــر ِيرِ ِ، عـَــلـَــى الـْــمـَــكـْــتـَــب

* Jika kita menaip terus ke entri ini dengan menggunakan font Arab kita akan menghadapi sedikit kesukaran ketika mahu meletakkan tanda bacaan pada penghujung ayat atau perenggan seperti titik, koma dan yang seumpamanya. Begitu juga ketika cuba meletakkan baris. Ia akan ‘lari-lari’. …..tak terkejar…..Sebab itulah saya lebih suka gunakan powerpoint dan kemudian copy pastekan ke sini…… hoho…… itu rupanya rahsia dia…..

Jadi, untuk contoh no. (ii) ini adalah lebih jelas jika anda merujuk kepada jadual di atas, nak lebih jelas lagi, klik pada gambar itu.

Perkataan-perkataan no. (i) tadi telah berubah barisnya daripada berbaris hadapan ke baris bawah / kasrah / كـَــسـْــرَة.

MENGAPA????

Sebab, ada perkataan فـِــى dan عـَــلـَــى sebelumnya.
فـِــى = di, di dalam
عـَــلـَــى = di atas

Perkataan-perkataan tersebut
(الـْــبـَــيـْــتِ، الـْــمـَــسـْــجـِــدِ، الـْــمـَــكـْــتـَــبِ، السـَّــر ِير)
Dalam keadaan MAJRUR kerana di dahului / dimasuki huruf jar (فـِــى dan عـَــلـَــى sebelumnya)

* Penerangan versi English, klik sini. Sila download (free) BAHASA/LUGHAH (1) Penerangan versi English.pdf, lihat halaman 7.

Tajuk berkaitan:
1. Pelajaran 3.7 Alif lam – Huruf akhir berbaris depan (dhammah)
2. Pelajaran 3.8 Huruf akhir berbaris depan (dhammah)
3. Pelajaran 3.5 jawapan latihan
4. Isim, feel, Huruf
5. Isim muzakkar dan isim mu’annath
6. Huruf alif, wau, ya tidak berbaris? Kenapa?

7. Alif lam = itu / the
8. Kamus pelajaran 3

Rujukan:
الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tags: | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: