نحو/NAHU: Pelajaran 3: Contoh Dan Penerangan مـُــذ َكـَــر وَمُــؤَنـَّــثٍ (Lelaki / Jantan, Perempuan / Betina)

Gambarajah Pelajaran 3 : http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/11/blog-post.html

تـَـقـْـسـِـيـْــمُ الإسْــم إلـَــى مـُــذ َكـَّــر وَمُــؤَنـَّــثٍ
الأمـْــثـِــلـَــة

(١)
أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة

(ب)
عـَـائِشـَـة ُ أ ُمّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى
لـَــيـْــلى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة فـاضــِـلـَــةٌ
أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ
(ج)
هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاءَ
(د)
حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد
(ه)
الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ

Penerangan:

ISIM TERBAHAGI KEPADA:

1. Muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)

2. Mu’annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)

Berdasarkan pemerhatian terhadap contoh-ccontoh tersebut, dapat kita simpulkan bahawa terdapat;

1. Contoh muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)

أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة

(Abu Bakar r.a adalah contoh terbaik dalam persahabatan)

Contoh-contoh lain: http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/11/bahasa-pelajaran-1-kamus.html

************************************************************************

2. Contoh mu’annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)

Tanda-tanda yang menunjukkan perkataan tersebut mu’annath ialah samada:

i. Huruf ta marbutah (تاء مربوطة) iaitu huruf ‘ta bulat’: (paling banyak digunakan)

عـَـائِشـَـة ُ أ ُمُّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى

(Aisyah ummul mukminin merupakan tempat rujukan – untuk mendapat fatwa)


ii. Alif maqsurah (الف مقصورة) iaitu ‘alif bengkok’ atau huruf ya tanpa titik:

لـَــيـْــلـَى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة ٌ فـاضــِـلـَــة

(Laila Al-‘Amiriyah perempuan yang baik / berbakti / berjasa)


iii. Alif mamdudah (الف ممدودة) iaitu perkataan yang diakhiri dengan huruf alif tambahan dan hamzah:

أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِ
ـنـَــةِ

(Asma’ binti Abu Bakar sebaik-baik teladan bagi wanita beriman)


Walau bagaimanapun:

************************************************************************
Kadang-kala perkataan itu sebenarnya mua’annath tetapi tiada langsung tanda-tanda mu’annath.

Contoh :هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاء

(Hindun isteri Abu Sufyan telah melakukan perbuatan yang amat buruk / keji)

Hindun ialah nama orang perempuan.

Oleh itu perkataan ini digelar mu’annath ma’nawiy (مؤنث معنوى).

Contoh-contoh lain:

ز َيـْـنـَـب : Zainab – nama orang perempuan.

أ ُمٌّ: ibu, emak – tentulah orang perempuan kan!

حـَــائـِـضٌ : orang yang haidh – lelaki ada haidh ke? huhu. Ha! Ada teka-teki… banyak-banyak binatang, binatang aaaaapa yang keluar hed?….. orang utan? Ikan paus????? Jawapannya dlm pelajaran Nahu akan datang. 

Jawapan teka teki

سـُــعـَــاد : nama orang perempuan (orang Arab biasalah, Melayu jarang dengar)

Sebaliknya:

************************************************************************

Kadang-kala wujud tanda mu’annath (huruf ta bulat contohnya) tetapi perkataan itu sebenarnya muzakkar (lelaki / jantan).
eh, macam mana nak kenal? Oh, senang je nak kenal, kalau dah nama Hamzah! Perempuan ke tu?………ha’a, la….. Waduh-waduh….. kena lagi!

Contoh:حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد

(Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w. syahid di dalam Peperangan Uhud)


Oleh itu perkataan ini digelar mu’annath lafziy
(مؤنث لفظى)

Contoh lain:طـَـلـْــحـَة – nama orang lelaki / sahabat Nabi r.a

************************************************************************

Ada juga perkataan yang mu’annath (perempuan / betina) tetapi- bukan hakiki – cuma dari segi ‘perbuatannya’ – ketika memerhatikannya di dalam ayat, seperti feel atau dhamir ( هــذه، ها، كِ ) dan lain-lain, bukannya( هُ ، هــذا، كَ ) yang ‘kembali’ kepadanya adalah mu’annath.

(Untuk mengenal pasti memerlukan banyak pembacaan).

Contoh:

الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ

(Matahari adalah salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Allah)

Oleh itu perkataan ini digelar mu’annath majazi (مؤنث مجازى)

Contoh-contoh lain:

أ َرْض – tanah

ر ِيـْــحٌ – angin

ثـُــرَيـَّـا – bintang

جـَــهـَــنـَّــم – ‘nama neraka’

ahaks, jangan marahlah orang perempuan! Macam nama-nama angin puting beliung kan semuanya dinamakan dengan nama perempuan? Ha, orang Arab pun lebih kurang macam tu jugaklah gamaknya……… sabo jelah!

الـْـجـَــار – jiran

عـَــيـْــن – mata (anggota badan yang ‘sepasang’)

كـَــتـِــف – bahu (anggota badan yang ‘sepasang’)

أ ُذ ُن – telinga (anggota badan yang ‘sepasang’)

ر ِجـْــلٌ – kaki (anggota badan yang sepasang)

Link berkaitan:

http://www.geocities.com/lidah_arab/pelajaran1.html

http://muslim.or.id/badar/bahasa-arab-dasar-13-mudzakkar-muannats.html/

Tamrin / Latihan

Rujukan:

1. زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى . تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) ص. ٩١

2. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله . شرح ابن عقيل على اللالفية. سنقافوره وفينغ : مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . ص.١٦٨-١٦٩

3. محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ ه . قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tags: , | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: