Posts Tagged With: teka-teki

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina) Jawapan Tamrin / Latihan

Ini adalah entri yang terhutang, ia sepatutnya diterbitkan pada 6.5.2009.

١- عين فى الأسماءِ الآتية المذكر، والمؤنث

1. Kategorikan nama-nama di bawah ini samada lelaki (jantan) atau perempuan (betina):


نـَــبـِــيٌّ ، قـِــمـَــطـْــرٌ ، جـَــائـِــز َة ٌ ، خـَــنـْــسـَــاءٌ ، حـرب ، مــعــاوية ، رغـيــف ، بــحــر ، ســلمــى ، عــثــمــان

Jawapan:
*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.


٢- بين المذكر والمؤنث، وعلامته إن وجدت فى الأسماء الآتية

2. Jelaskan yang mana lelaki (jantan) dan perempuan (betina) serta berikan tandanya (sekiranya ada) pada nama-nama di bawah ini:

كرسي ، بيداء ، زينب ، دار ، أ ُذن ، حجرة ، ليلى مؤدب ، إبراهيم ، على ، قائد ، إنسان
Jawapan:

*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.


٣-  ما نوع المؤنث فيما يأتى؟

3.Nyatakan golongan perempuan (betina) perkataan-perkataan berikut, samada lafzi, ma’nawi atau majazi:

صفيـَّــة ، أرض ، سعدى ، كتف ، سعاد ، ريح ، حائض عصا ، طرفة ، زكريا ، عـِــير ، جهنم

Jawapan:*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.


Soalan teka teki lalu:
1. Binatang apakah yang semua anggota badannya di kepala?
2. Berkopiah bukannya ustaz, berjubah putih bukannya hafiz, berekor bukannya serban. Aaaaapa dia?

Jawapan:
1. Kutu
2. Taugeh

Tajuk berkaitan:
1.
Gambarajah dan contoh
2.
Penerangan
3.
Alif Maqsurah
4.
Alif Mamdudah
5.
Tip mengenal mu’annath
6.
Soalan latihan

Rujukan:
1. زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى .تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) صفحة٩٣-٩٤
3. http://kamus.javakedaton.com/index.php?option=com_content&task;=view&id;=19&Itemid;=1
4.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو بيروت : دار الفكر

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tags: , , | Tinggalkan komen

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina) Tamrin / Latihan

١- عين فى الأسماءِ الآتية المذكر، والمؤنث

1. Kategorikan nama-nama di bawah ini samada lelaki (jantan) atau perempuan (betina):


نـَــبـِــيٌّ ، قـِــمـَــطـْــرٌ ، جـَــائـِــز َة ٌ ، خـَــنـْــسـَــاءٌ ، حـرب ، مــعــاوية ، رغـيــف ، بــحــر ، ســلمــى ، عــثــمــان

٢- بين المذكر والمؤنث، وعلامته إن وجدت فى الأسماء الآتية


2. Jelaskan yang mana lelaki (jantan) dan perempuan (betina) serta berikan tandanya (sekiranya ada) pada nama-nama di bawah ini:

كرسي ، بيداء ، زينب ، دار ، أ ُذن ، حجرة ، ليلى مؤدب ، إبراهيم ، على ، قائد ، إنسان

٣- ما نوع المؤنث فيما يأتى؟

Nyatakan golongan perempuan (betina) perkataan-perkataan berikut, samada lafzi, ma’nawi atau majazi:

صفيـَّــة ، أرض ، سعدى ، كتف ، سعاد ، ريح ، حائض عصا ، طرفة ، زكريا ، عـِــير ، جهنم

air – الـْــمـَاء – water

Soalan teka teki:
1. Binatang apakah yang semua anggota badannya di kepala?
2. Berkopiah bukannya ustaz, berjubah putih bukannya hafiz, berekor bukannya serban. Aaaaapa dia?

Gambarajah dan contoh
Penerangan
Alif Maqsurah
Alif Mamdudah
Tip mengenal mu’annath

Rujukan:

1. زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى . تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) ص. ٩٢

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tags: , , | Tinggalkan komen

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Cara Mengenal Isim Mu’annath yang tiada tanda pada zahir perkataan.

ستدل على تأنيڽ ما لا علامة فيه ظاهرة من الأسماء


١- يعود الضمير إليه مؤنثا
نحو : الكتف نهشتها
العين كحلتها


٢- بما أشبه ذلك كوصف بالمؤنث
نحو : أكلت كتفا مشوية


٣- رد التاء إليه فى التصغير
نحو : كتيفة ، يدية

Pada pertemuan kali ini kita akan menyentuh sedikit tentang cara-cara mengenal pasti sesuatu isim itu adalah mu’annath (isim-isim mu’annath yang tiada tanda-tanda mu’annath pada zahirnya)

1. DHAMIR (ganti nama) yang kembali kepada perkataan itu adalah mu’annath.

Contoh : الـْـكـَــتـِــفُ نـَــهـَــشـَــتـْــهـَــا

Penerangan: الـْـكـَــتـِــفُ pada zahirnya tiada tanda mu’annath seperti ة, alif maqsurah (ى : huruf ya tanpa titik / alif bengkok) atau alif mamdudah (huruf alif diikuti oleh huruf hamzah pada akhir perkataan اء)

NAMUN

نـَــهـَــشـَــتـْــهـَــا (asal feel: نـَــهـَــشَ – يـَــنـْــهـَــشُ )
نـَــهـَــشـَــتْ : menunjukkan perbuatan (mengunggis) itu kembali kepada mu’annath.’هـِــىَ‘. (Jika muzakkar نـَــهـَــشَ , bukan نـَــهـَــشـَــتْ)

هـَــا : dhamir (ganti nama) kembali kepada mu’annath. (jika muzakkar ‘هُ, bukan هـَــا

Oleh yang demikian الـْـكـَــتـِــفُ adalah isim mu’annath.

Demikian juga contoh الـْــعـَــيـْــنُ كـَــحـَــلـَــتـْــهـَا

الـْــعـَــيـْــنُ : mata

كـَــحـَــلـَــتْ : celak, (asal feel كـَــحـَــلَ – يـَــكـْــحـَــلُ / يـَــكـْــحـُــلُ)

هـَا : nya

تْ : menunjukkan perbuatan (mencelak) itu kembali kepada mu’annath.
هـَــا : dhamir (ganti nama) kembali kepada mu’annath. (jika muzakkar ‘هُ, bukan هـَــا

2. SIFAT bagi isim tersebut adalah mu’annath.

Contoh : أ َكـَــلـْــتُ كـَــتـِــفـًا مـَــشـْــو ِيـَّـةً : Saya telah memakan bahu bakar (daging bahagian bahu yang dimasak dengan cara ‘membakar’)

Penerangan : كـَــتـِــفـًا

Oleh yang demikian الـْـكـَــتـِــفُ adalah isim mu’annath kerana sekiranya كـَــتـِــفـًا adalah isim muzakkar maka sifat baginya adalah مـَــشـْــو ِيٌّ bukan مـَــشـْــو ِيـَّـةً

~harap-harap anda tidak pening dengan penerangan saya ini~

3. TASGHIR. Huruf ta marbutah (ة) dikembalikan kepada isim itu ketika ditasghirkan.

Apa itu tasghir? Tasghir maknanya pengurangan, pengecilan, the diminutive pattern

Contoh : كـَـتــِـفٌ : bahu , كـُــتـَــيـْــفـَــةٌ : bahu yang kecil

يـَــدٌ : tangan , يـُــدَيــة : tangan yang kecil

هـِــرٌّ : kucing , هـُــرَيـْــرَةٌ : kucing yang kecil
(أ َبـُــو هـُــرَيـْــرَة : gelaran bagi seorang sahabat r.a yang amat suka dengan kucing hinggakan dalam lengan bajunya pun ada kucing)


Jawapan teka-teki : http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2009/02/nahu-pelajaran-3-contoh-contoh-alif.html

Mari kita belek-belek kamus, cari makna cerek dalam Bahasa Arab:

1. KAMUS ADIK susunan Abu ‘Amiir ‘Izzat. 2000. Terengganu: Pustaka Darul Iman m.s 22
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)

2. KAMUS BERGAMBAR susunan Humaira dan Fadhilatul Akhtar. 2002. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. m.s 22
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)

3. KAMUS BERGAMBAR susunan Othman Puteh, Talib Abdullah, L.Shirley. 2007. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s 20
غـَــلاَّيـَـةٌ كـَــهـْــرَبـَــائـِــيـَّــةٌ (cerek elektrik, electrical kettle)

4. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx

إ ِبـْـر ِيـْــقٌ (cerek, teko, kettle, teapot)
غـَــلاَّيـَـةٌ (cerek, boiler, kettle,مِرْجَلٌ)
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)
مِحَمٌّ (kendi, cerek, boiler, kettle, إ ِبـْـر ِيـْــقٌ)


5.
محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر

m.s ٣
إ ِبـْـر ِيـْــقٌ (Jenis kendi daripada tembikar atau tembaga)
إ ِبـْـر ِيـْــقُ الـْــقـَــهـْـوَةِ (teko air kopi)
إ ِبـْـر ِيـْــقُ الشـَّــاي (teko air teh)

m.s ٦٧
غـَــلاَّ يـَــةٌ (bekas mendidihkan air)

Soalan teka-teki:
Ali anak Pak Kudus,
suka main getah,
ditetak tidak putus,
dipotong tidak patah.

Rujukan:
1. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله شرح ابن عقيل على اللالفية سنقافوره وفينغ مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . موك سورت: ١٦٩
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx
4. KAMUS ADIK. Abu ‘Amiir ‘Izzat. 2000. Terengganu: Pustaka Darul Iman m.s 22
5.KAMUS BERGAMBAR. Humaira dan Fadhilatul Akhtar. 2002. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. m.s 22
6.KAMUS BERGAMBAR. Othman Puteh, Talib Abdullah, L.Shirley. 2007. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s 20

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tags: , | Tinggalkan komen

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Contoh-contoh Alif Mamdudah


Berikut saya kemukakan pula wazan-wazan serta contoh-contoh alif mamdudah iaitu huruf alif yang terletak di akhir sesuatu perkataan diikuti dengan huruf hamzah. Jika anda menjumpai perkataan-perkataan sebegini, sudah pasti ianya mu’annath / perempuan /betina. Mungkin anda merasa ianya terlalu banyak atau mendalam. Jika demikian anggap saja ianya sebagai ‘pengayaan’.

Objektif saya ialah di akhir pelajaran 3 ini nanti, anda akan dapat menjawab soalan-soalan yng diberi dengan mudah atau ‘macam makan kacanglah!’. Kalau kurang enjoy juga apa kata dalam pelajaran Nahu minggu 1 ini saya beri teka-teki. Tapi sorrylah blog ini memang diset untuk ‘sehala’ saja atas sebab-sebab yang hanya Allah dan tuan rumah saja yang tahu.

Jawapannya akan diberi pada pelajaran Nahu minggu terakhir, insyaAllah. Ok? Belajar kena happy!








Nota di atas diringkaskan menjadi syair di bawah ini yang terdapat dalam rujukan no. 1.


Teka-teki:
Bila panas ia bertempik,
memberi amaran kepada manusia,
penumpangnya memekik-mekik,
minta dicampur dengan gula.

Jawapan

Tamrin / Latihan

Rujukan:
1. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله شرح ابن عقيل على اللالفية سنقافوره وفينغ مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . موك سورت: ١٧٢
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tags: , , , | Tinggalkan komen

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Contoh-contoh Alif Maqsurah


Dalam pelajaran Nahu kali ini, kita fokus kepada contoh-contoh alif maqsurah beserta wazannya sekali. Dah nama blog ni Belajar B.Arab ala sekolah pondok kan. Jom kita tinjau-tinjau apa yang terkandung dalam kitab kuning. Jangan panik, cuma perhatikan sahaja pada kolum kedua yang bertajuk ‘نحو – contoh’. Tak payah susah-susah nak hafal, jangan risau!

Perkataan-perkataan tersebut dikategorikan sebagai ‘mu’annath / perempuan / betina’. Sebelum itu, untuk pengetahuan saudara, contoh-contoh tersebut telah digarap dalam bentuk syair seperti di bawah ini. Orang Arab ni kan, belajar Nahu pun guna syair……..


Alamak, ada yang tanya jawapan teka-teki pulak…….. jawapannya…..”saya, Turtlehed saya boleh klua, boleh masuk….. hi hi….. 

Tamrin / Latihan

Categories: Belajar Bahasa Arab | Tags: , , , | Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: